Wednesday, April 6, 2011

Kajian Tindakan (Siri 1)

Bagi kebanyakkan guru-guru di sekolah atau institusi pengajian, apabila mendapat tahu pelajar lemah dalam sesuatu matapelajaran ataupun bagi sesuatu tajuk, guru-guru berusaha untuk mengadakan pelbagai tindakan atau perancangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. Namun begitu, ramai guru yang tidak tahu sama ada tindakan yang mereka lakukan memberikan kesan yang terbaik untuk pelajar atau tidak.


Ada tindakan yang di ambil oleh para guru telah meberi kesan yang sangat baik kepada pelajar tetapi tidak ada bukti untuk dijadikan panduan kepada pihak guru yang lain bagi perkongsian bersama. Ada juga yang masih mengulangi tindakan yang sama walaupun tindakan yang diambil tidak mendatangkan hasil yang sepatutnya.


Segala tindakan guru ini, sekiranya dirancang dengan baik diikuti pula dengan pemerhatian dan kutipan data yang bersesuaian, akan menghasilkan kajian tindakan yang dapat dijadikan panduan dan disebarkan kepada guru-guru yang lain. Dan sekiranya tindakan tersebut tidak menghasilkan dapatan yang diharapkan, guru boleh melaksanakan penambahbaikan yang bersesuaian dan berterusan.


Semasa saya menjadi guru dan juga penyelia petang di sekolah, saya tidak tahu apa itu kajian tindakan. Pernah dengar aje. Saya banyak melaksanakan tindakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Saya selalu berfikir, alangkah baiknya jika semasa saya mengajar di sekolah, saya tahu menjalankan kajian tindakan, agar tindakan yang dilakukan dapat dikongsi dengan guru lain.


Saya rasa agak bertuah apabila saya bertukar ke kolej persediaan pelajar ke universiti kerana disini banyak ilmu tentang kajian yang saya peroleh, ditambah lagi dengan ilmu yang diperolehi semasa menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu saya mengambil peluang untuk berkongsi pengetahuan dengan sesiapa sahaja yang ingin menjalankan kajian tindakan.


Apa itu kajian tindakan?


Terdapat beberapa definisi yang diberikan oleh pakar-pakar kajian tindakan seperti McNiff (1988, Kemmis dan McTaggart (1988), Cohen dan Manion (1994), Bassey (1998), Hopkins (1998) dan Koshy (2005). Hasil dari pandangan pakar-pakar tersebut, dapat disimpulkan bahawa, kajian tindakan adalah kajian yang mempunyai ciri-ciri unik iaitu ianya mestilah menuju kearah kefahaman yang lebih baik, refleksi kendiri, penambahbaikan, penyelesaian masalah, proses langkah demi langkah dan membuat modifikasi.


Ciri-ciri kajian tindakan hasil pembacaan saya terhadap definisi kajian tindakan tadi adalah



  1. kajian tindakan adalah satu pendekatan bagi menambah baik pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajari akibat dari perubahan tersebut;

  2. kajian tindakan adalah bersifat penglibatan iaitu pengkaji sendiri berusaha ke arah memperbaiki amalan mereka sendiri;
  3. kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, merefleksi dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai dan merefleksi;

  4. kajian tindakan dilakukan secara kolabratif;

  5. kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisis pertimbangan, reaksi dan tanggapan kita sendiri terhadap apa yang berlaku;

  6. kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi;

  7. kajian tindakan melibatkan penyelidik membuat analisis kritikal terhadap situasi mereka bekerja;

  8. kajian tindakan dimulakan secara kecil ke arah perubahan yang lebih besar.

Saya pernah menulis bagaimana kajian tindakan dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkualiti. Mungkin boleh dikongsi di lain kali.


Bagaimana untuk melakukan kajian tindakan juga saya akan kongsi di siri kedua


Sekian..


2 comments:

RH said...

Kajian Tindakan is good but in my college, the instruction weeks per sem are only 14 weeks. the next sem dpt new students dah. by the time 2nd loop, when we implement on a different group of students, the impact cannot be compared fairly because of different abilities n learning style. Nevertheless, I agree with you, Action Research is important to all teachers.

Anonymous said...

Teknik / kaedah khusus p&p yang telah dihasilkan oleh sesuatu kajian tindakan bukan bertujuan untuk membandingkan impak teknik tersebut terhadap pelajar yang berlainan "batches" atau kumpulan ambilan. Teknik berkenaan adalah satu penemuan / inovasi yang telah dilahirkan melalui kajian tindakan mini eksperimental atau melalui kawalan kumpulan ke atas kumpulan pelajar dalam satu kumpulan atau antara beberapa kelas tutoran dalam "batch" yang sama. Yang pentingnya, p&p sesuatu topik atau isu bermasalah telah dapat diajar/dipelajari dengan cara yang lebih berkesan/mudah bagi kumpulan pelajar terlibat. Teknik yang sama boleh digunakan untuk mengajar topik atau isu yang sama bagi pelajar 'batch' baru jika ada pelajar menghadapi masalah.

sham